Serangan Israel ke atas Lubnan 1973

Koordinat: 33°54′N 35°32′E / 33.9°N 35.53°E / 33.9; 35.53 Shayetet 13
Sayeret TzanhanimPerang Arab-Israel 1948 – Serangan IDF 1968 – Serangan IDF 1972 – Serangan IDF 1973 – Konflik 1978 – Perang Lubnan 1982 – Konflik 1982–2000 – Konflik 2000–2006 – Perang Lubnan 2006 – Serangan roket Lubnan – Pertikaian sempadan 2010Serangan udara Israel ke atas Lubnan 1972Serangan Israel ke atas Lubnan 1973Serangan Israel ke atas Lubnan 1973 (dikenali sebagai Operasi Spring of Youth, sebahagian dari Operasi Kemurkaan Tuhan) terjadi pada malam 9 April dan awal pagi 10 April, 1973 apabila pasukan khas Pasukan Pertahanan Israel menyerang beberapa sasaran Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Beirut dan Sidon, Lubnan. [1]Umunya, operasi ini dianggap sebagai sebahagian tindak balas untuk peristiwa München di Sukan Olimpik Munich 1972 pada September 1972.[2]Pasukan Sayeret Matkal Israel tiba di pantai Lubnan di dalam bot-bot Zodiac yang dilancarkan dari kapal-kapal peluru berpandu di laut. Para agen Mossad menunggu pasukan ini di pantai bersama kereta yang disewa sehari sebelumnya, kemudian membawa mereka ke lokasi sasaran sebelum membawa anggota ini kembali ke pantai untuk dibawa keluar. Semasa operasi ini, tiga orang pemimpin tertinggi PLO dibunuh di rumah mereka, bersama-sama dengan pejuang PLO yang lain (jumlah mangsa yang terbunuh dianggarkan sehingga 100 orang)[petikan diperlukan]. Beberapa anggota keselamatan Lubnan dan jiran rakyat awam juga terbunuh. Dua orang anggota tentera Israel terbunuh di dalam operasi ini.